Temasya Olaraga Tahunan Ke-43 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Program ini merupakan acara tahunan yang wajib bagi Universiti Sains Malaysia bagi menandakan bermulanya acara olaraga antara desasiswa di seluruh USM iaitu di USM Induk Pulau Pinang, Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal, Perak dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian Kelantan.
Kumpulan Latihan Kelanasiswa telah menghantar wakil seramai 30 orang daripada ahli KLKM USM peringkat 100. majlis bermula dengan perbarisan lintas hormat oleh pasukan unit beruniform. pasukan unit beruniform yang terlibat ialah Palapes Darat, Suksis, Sispa, Bsmm, St.John Ambulans dan KLKM USM serta wakil dari setiap desasiswa yang bernaung di USM.