Teater ANTARA : Mengangkat Martabat Kesenian dan Budaya Melalui Kepengakapan
Projek Teater ANTARA ialah salah satu projek yang melibatkan projek gabungan beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur dan mendapat sokongan penuh dari Pasukan Kelana Udara G Kuantan. Hampir 100 peserta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, mahupun di belakang tabir.
Projek yang berlangsung selama 7 hari yang bertempat di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang telah di hadiri lebih daripada 300 jumlah penonton selama 3 hari tayangan. Peserta berkampung selama 4 hari sebelum tayangan bagi sesi latihan dan berbaki 3 hari untuk tayangan sebenar.
Tujuan projek ini diadakan adalah untuk mempelbagaikan lagi corak penglibatan pengakap dalam mengembangkan potensi diri dalm pelbagai bidang. Pengakap bukan sahaja pandai memasang khemah, menghidupkan api di hutan tapi pengakap masa kini perlu bergerak seiring dengan masa dan kemajuan. Interaksi antara pengakap dan masyarakat perlu ditingkatkan lagi dek kerana mentaliti masyarakat yang sering menganggap pengakap hanyalah untuk kanak-kanak dan setakat bertepuk tangan, berkhemah dan pandai menyanyi. Kita perlu buktikan dengan sumbangan yang dapat kita berikan kepada masyarakat sekeliling dan tidak mustahil kepada masyarakat dunia juga.
Sedia berkhidmat !!
Anda boleh semak/tonton perjalan sepanjang program di Highlight Instagram saya @khairildeqwan. Jangan lupa follow dan like !!!