Tawau Bebas Sampah ( Gotong Royong Mega )
Gotong Royong Mega yang telah dilancarkan di kawasan Bahagian Tawau pada 23 November 2019 bertujuan untuk memberika kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya kebersihan. Program ini telah diikuti oleh pelbagai Jabatan Kerajaan, swasta, badan NGO serta penduduk di Kawasan Bahagian Tawau. Pecahan diberikan kepada 9 Zon bermula daripada Bandar Tawau sehingga Simpang Masuk Kampung Inderasabah Tawau. Seramai 2271 orang telah menyertai Program ini. Di harap program seperti ini dapat dteruskan dari semasa ke semasa agar kesedaran tentang pentingnya kebersihan dapat diterapkan dalam diri individu masing-masing.