TASK FORCE TEMENGGONG
Seramai 20 orang ahli PRS Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibarahim telah menjalani program sukarelawan di Sekolah Jalinan Kasih, Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada bakal bakal guru yang belajar di IPGKTI. Peserta yang terlibat ialah kanak-kanak dan remaja yang terdiri daripada anak gelandangan yang berada disekitar kawasan Chow Kit dan sekitar kawasan sekolah tersebut. . Program ini dijalankan selama 2 hari 1 malam bermula dari 28 jun hingga 29 jun 2018.
Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi motivasi dan dorongan kepada pelajar-pelajar disitu agar tidak terlibat dengan masalah jenayah dan aktiviti- aktiviti sosial yang boleh memudaratkan kehidupan mereka. Antara aktiviti yang dijalankan latihan dalam kumpulan (LDK), pertandingan menyanyi, dan kuiz. Rata-rata peserta yang terlibat dalam program tersebut berpuas hati dengan ativiti yang dijalankan. Meskipun terdapat kekurangan dari segi kemudahan alat pembesar suara dan dewan yang agak sempit untuk menampung jumlah pelajar yang ramai tersebut. Namun para peserta tetap menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam program tersebut.
program ini telah dianjurkan dengan kerjasama oleh Unit Bimbingan dan Kauseling dan Hal Ehwal Pelajar IPGKTI. Guru pelatih dan pensyarah yang terlibat diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program berkenaan. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Sukarelawan Task Force Temenggong IPGKTI.