SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN 2018 ANJURAN UNIT KELANA LAUT DAERAH PONTIAN
SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN 2018 ANJURAN UNIT KELANA LAUT DAERAH PONTIAN
TARIKH : 8 JUN 2018
TEMPAT : KG TENGGAYUN DAN KG SERKAT
MASA : 8 PAGI HINGGA 5 PTG
KEKUATAN ANGGOTA : 20 ORANG
Tatkala dalam kehangatan menyambut Ramadan tiba, kami dikejutkan dengan perkhabaran yang menyedihkan dimana 2 kejadian kebakaran yang berasingan berlaku.
Kejadian Pertama
Nama Mangsa : Puan Zaidah Binti Hamzah
Tarikh Kejadian : 16 Mei 2018
Tempat : Kg Tenggayun
Kerugian : 80% rumah hangus terbakar
Kejadian Kedua
Nama Mangsa : Encik Abd Rahman Bin Atan
Tarikh Kejadian : 5 Jun 2018
Tempat : Jln Pt Hj Ahmad , Serkat Barat Laut
Kerugian : 80% rumah hangus terbakar
Sehubungan dengan itu, Unit Pengakap Kelana Laut Daerah Pontian (Kump D, Kump F, Kump G, Kump H dan Kump I) telah bersetuju untuk membuat kutipan derma kilat bagi membantu mangsa-mangsa kebakaran yang di ketuai oleh ASC Kelana Daerah Pontian Tuan Razak Bin Kosnan dan saya sebagai pengelola bersama.
Kutipan ini dimulakan dengan mewar-warkan di media social serta kami juga menjalankan kutipan tabung yang diletakkan di gerai bazar yang berkonsepkan sambil berbelanja sambil menderma.
Sumbangan yang diterima berupa wang ringgit, pakaian mahupun makanan dan keperluan dapur. kami mengumpulkan di satu tempat yang berpangkalan di Den Kelana.
Selain aktiviti menyerahkan Bantuan kepada mangsa, kami juga membuat hasil tangan kepada mangsa dengan membuat pelita menggunakan buluh serta membantu membersihkan kesekitar kawasan rumah bagi keselesaan mangsa.