Brunei Darussalam

Sukarelawan PPNBD / Volunteer SB @ SPOC_RIPASH

Gelombang pertama Covid 19 yang dikesan pertama kali berlaku pada 9/3/2020 di Negara Brunei Darussalam. Saya menyahut seruan KDYMM untuk betugas sebagai Sukarelawan Belia amnya dan Sukarelawan PPNBD khasnya bagi sama-sama menghulurkan sumbangan tenaga menjadi sukarelawan membantu dibeberapa tempat (seperti Pusat Promosi Kesihatan) sebelum menetapkan diri bertugas ditempat saya bertugas sekarang (RIPASH /SPOC). Sikap suka menolong orang lain memang ada didalam jiwa seorang pengakap.
Di Ripash/SPOC: membantu bagi kelancaran tugasan swabbing, penyediaan borang-borang swab, menerima dan menyerahkan borang kepada "patient", penyediaan bilik donning, pengagihan pek makanan bagi frontliners yang bertugas di wad-wad isolasi dan checkpoint diRIPASH disamping penerimaan barang sumbangan dari pelbagai agensi luar. Semua ini dilaksanakan oleh Sukarelawan SPOC sepenuhnya atas latihan dan tunjuk ajar serta pemantauan dari bahagian pentadbiran SPOC RIPASH.
Secara kasar lebih kurang 1000-1500 orang mendapatkan ujian SWAB sehari mulai dari gelombang pertama dalam tempoh 4 bulan, dan gelombang kedua COvid 19 variant delta bermula dalam bulan Ogos 2021, sebanyak 1500-2000 orang mendapatkan ujian RT-PCR sehari dilakukan hingga bulan November 2021.
Di SPOC Ripash, memandangkan kawasan tempat bertugas adalah didalam Zon Merah, mana-mana "patient" boleh jadi pembawa virus, kami diajar untuk mengutamakan kebersihan yang sangat rapi. Kami diajar cara-cara memakai Mask dan PPE dengan betul, menjaga kebersihan diri dengan betul. Disini juga saya belajar bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain. Selain warga MOH, terdapat warga perkhidmatan awam lain juga turut serta menyumbangkan bakti seperti MOE, JPM, KHEDN, MIPR, KKBS, KHEU, MODev.
Started Ended
Number of participants
6
Service hours
35748
Beneficiaries
1200
Location
Brunei Darussalam
Topics
Leadership
Humanitarian action
Partnerships
Initiatives
Peace and Community Engagement
Skills for Life

Share via

Share