SUKARELAWAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

SUKARELAWAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Tanggal 11 Ogos 2018, pasukan pengakap kelana daerah Kinta A telah menghantar sekumpulan ahli kelana membantu pihak sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar dalam menjayakan perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah. Seramai 80 peserta dilaporkan mmenyertai aktiviti ini yang berlansung bermula 10 Ogos 2018 sehingga 12 Ogos 2018. Namun begitu rakan-rakan kelana hanya turut serta pada 11 Ogos 2018.

Kendalian program oleh ahli kelana bermula jam 10 pagi sehingga selesai. Slot-slot yang diambil alih oleh pasukan kelana adalah slot ikatan dan simpulan serta slot gadjet. Peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diambil alih seorang kelana setiap kumpulan untuk sesi bimbingan, tunjuk ajar dan tutorial. Peserta diberi kesempatan untuk sesi soal jawab bersama fasilitator mereka.

Cuaca pada hari itu cerah dan panas di sebelah pagi manakala redup di sebelah petang. Slot tamat lebih kurang jam 4 petang dengan diakhiri sesi bergambar beramai-ramai bersama peserta dan guru bimbingan SMK Malim Nawar.

Number of participants
90
Service hours
540
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Communications and Scouting Profile
Youth Programme
Youth Engagement

Share via

Share