Siti visit Johor, Darul Takzim
Beberapa minggu sebelum kami menjalankan projek SWA yang sebenar. Saya bersama berberapa orang team saya telah membuat lawatan tapak sekali lagi ke Johor, Darul Takzim. Destinasi kali ini adalah di Kampung Orang Asli PETA, Taman Negara Endau Rompin. Perjalanan yang agak panjang bagi kami kerana kami bertolak dari Terengganu dan melalui Kuantan Pahang sebelum ke Mersing. Kami bersama-sama dengan penasihat kami telah melihat beberapa tempat yang berpotensi untuk memasang lampu tersebut. Kami juga telah berjumpa dengan tok batin kawasan tersebut untuk meminta izin beliau mengadakan projek di sini dan kami mendapat respond yang positif dari penduduk kawasan tersebut.
Kami juga telah berjumpa dengan seorang pemuda yang berasal dari kampung ini dan telah berbincang banyak perkara dengannya. Pada mulanya, dia sangat berterima kasih kepada kami kerana ingin membantu kampungnya. Hal ini kerana kawasan kampungnya sangat gelap pada waktu malam dan mereka sangat ingin jika kami ingin memasang lampu di kampungnya. Rumah-rumah di kampung tersebut sahaja yang mempunyai lampu. Namun begitu, tiada lampu yang terdapat di sepanjang jalan dan jeti di kampung tersebut. Jadi, amatlah sesuai bagi kami untuk memasang lampu solar di sana dan ianya dapat membantu penduduk di kampung tersebut. Akhinya kami menghabiskan dua hari berada di sana untuk berjumpa dengan penduduk kampung dan melihat kawasan tersebut pada waktu siang dan juga malam dan memilih tempat-tempat untuk memasang lampu tersebut.