Site visit to Kampung Vietnam, Bidong
Perkara yang paling penting yang harus kami lakukan adalah melawat tapak kawasan projek. Hal ini supaya kami tidak kelam kabut untuk menjalankan projek di sana nanti. Kami juga harus meneliti dan mengambil kira setiap perkara di sana . sebagai contoh, kami harus berfikir di mana kami akan tidur sepanjang keberadaan di sana nanti. Di samping itu, banyak lagi perkara yang kami dapat putuskan dengan berada di sana iaitu tentang peralatan di sana nanti sama ada kami harus membawa banyak peralatan ataupun tidak.
Perjalanan yang mengambil masa selama dua jam itu tidak akan disia-siakan dan kami memerhatikan setiap kawasan dengan sebaik-baiknya. Kami melihat banyak tempat yang tidak mempunyai sumber cahaya dan tempatnya amat gelap apabila tiba waktu malam. Jadi, kami telah menanda beberapa kawasan dan kami akan memasang lampu solar di kawasan tersebut. Setelah berbincang dan mengambil gambar tempat-tempat yang sesuai untuk projek itu nanti, kami berangkat pulang ke UMT. Kami menghabiskan masa satu hari berada di sana dan berkenalan dengan penduduk kampung Bidong. Penduduk di sana amat ramah dan menyambut baik kedatangan kami di sana.