SELAMAT DATANG BAKAL KELANA E PENAMPANG

SELAMAT DATANG BAKAL KELANA E PENAMPANG

Pada 19 dan 20 Ogos 2017..Pasukan Pengakap Kelana E telah mengadakan Ujian Mengenal Diri(Vigil) kepada ahli-ahli bakal pengakap kelana.Pengakap Kelana atau "Rovers Scout" ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia yang berusia antara 17 tahun sehingga 25 tahun. Pengakap Kelana ialah bahagian yang ke-4 dalam siri latihan berpengakap, iaitu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan yang ke-4 Pengakap Kelana. Tujuan bahagian ini, adalah membolehkan Pengakap meneruskan latihan, sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya. Peringkat ini adalah penting bagi melengkapkan seorang Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranan yang cergas dan positif dalam masyarakat. Ia adalah proses penemuan diri atau mengenal diri di dalam penyesuaian dengan tujuan dan prinsip pergerakan. "Semoga pengakap kelana yang divigilkan pada program kali ini akan menjadi ahli yang berkemahiran, berdisiplin dan mematuhi undang-undang dan persetiaan pengakap dalam persaudaraan pengakap sedunia dan dapat berbakti kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan Negara sesuai dengan cogan kata Unit Pengakap Kelana _"BERKHIDMAT"_
Started Ended
Number of participants
24
Service hours
192
Location
Libya
Topics
Personal safety
Youth Programme
Youth Leadership

Share via

Share