"Sejuk Hati Bersama Anak - Anak Yatim "
Malaysia

"Sejuk Hati Bersama Anak - Anak Yatim "

Sekian sudah program kita pada hari ini bertempat di rumah anak - anak yatim Darul Akhyar , Mengabang Telipot , Kuala Terengganu . Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur Pasukan Kelana 'D' Kuala Terengganu dan tidak lupa juga kepada yang turut terlibat Kelana 'B' Hulu Terengganu ,Kelana 'A' Marang dan Kelana '88' Opentroop Kuala Terengganu . Seramai 70 orang anak - anak yatim terlibat dalam program pada kali ini dengan jayanya . Antara aktiviti yang kami jalankan adalah ice breaking ,main tali dengan bola tenis . Akhir sekali , ceramah motivasi yang dikendalikan oleh Pemimpin Kelana 'D' kepada para peserta , diharapkan motivasi yang disampaikan ini dapat menyuntik semangat kepada anak - anak yatim .
Number of participants
75
Service hours
8
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share