sehari IIUMRS bersama SMK Sg Kertas
KLKM IIUM gombak berpeluang mengendalikan program persediaan pra-kem perdana kepada para pelajar SMK Sg Kertas .
Tempat : SMK Sg Kertas
Masa : 8:00am-7:00pm
Penglibatan : pelajar tingkatan 1-tingkatan 5
Aktiviti yang diadakan telah dibahagikan kepada sesi pagi dan sesi petang , seperti masakan rimba , kawad kaki dan cabaran halangan manakala sesi petang adalah seperti gajet , simpulan dan pertolongan cemas.
Guru-guru memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kami untuk berkongsi sedikit ilmu kepada para pelajar
terima kasih kepada guru-guru yang terlibat , faci dan sambutan pelajar yang sangat baik.
semoga semua dapat belajar dan berkongsi