Scout Of The World Award (SWA) Discovery
Scout of the World Award (SWA), adalah satu anugerah yang memberikan peluang kepada ahli pengakap untuk merancang dan mengelolakan aktiviti-aktiviti yang selari dengan 17 SDGs. SWA juga berpegang kepada 3 tema utama iaitu keamanan, Kelestarian Alam, dan Penjagaan keseimbangan ekosistem. Bengkel pengenalan atau "Discovery" ini telah dijalankan selama 3 hari dua malam, bersamaan 24 jam aktiviti di IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan. Kami dedahkan dengan aktiviti-aktiviti asas dan panduan untuk merancang dan melaksanakan program bagi melengkapkan anugerah SWA. Dalam sesi yang seterusnya, kami juga didedahkan dengan pendftaran scout.org dan pendaftaran bagi WOSM. Setelah mengikuti bengkel ini, saya berpendapat bahawa, SWA ini adalah anugerah yang bersifat global dan jauh lebih istimewa daripada anugerah-anugerah yang lain dan wajar diterokai oleh ahli pengakap dan masyarakat terutamanya bagi aspek kesukarelawanan.