Satu Beg Darah Mampu Menyelamatkan Tiga Nyawa

Satu Beg Darah Mampu Menyelamatkan Tiga Nyawa

2 Febuari 2019 - Kami Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dan Jawatankuasa Messenger of Peace(MoP) Terengganu telah mengadakan satu program derma darah dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ) dan pihak pengurusan Pasaraya PXR Gong Datuk. Program ini telah dapat menarik orang awam yang membeli belah di pasaraya PXR Gong Datuk untuk menderma darah. Perkara ini secara tidak langsung telah memberi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya menderma darah dan darah yang mereka dermakan dapat menyelamat nyawa orang lain.

Dalam program kali ini, saya bertanggungjawab menjadi ahli jawatankuasa Tugas-Tugas Khas. Antara Tugas saya adalah memberi sijil dan cenderahati kepada penderma darah. Daripada program ini juga saya dapat menimba satu ilmu yang baru iaitu menguruskan suatu program sebagai ahli jawatankuasa Tugas-Tugas Khas.

Number of participants
120
Service hours
720
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Partnerships

Share via

Share