SAMBUTAN HARI PENGASAS PPMWPKL 2019
Pada 23 Februari 2019 yang lalu, Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Karnival Sambutan Hari Pengasas Pengakap Sedunia di SK Seri Bintang Utara, Cheras. Para peserta disediakan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, termasuklah sukan rakyat, sukan moden, ikatan, pameran dan teknologi serta khidmat masyarakat. pihak PPMWPKL telah menerima hampir 1000 penyertaan daripada ahli pengakap pelbagai peringkat. Kami juga telah menerima kunjungan daripada 2 orang pengakap antarabangsa yang menetap di Kuala Lumpur. Bagi menjayakan karnival ini, sy dan sahabat kelana sy telah diberikan tabggungjwb bgi mengendalikan sukan rakyat. Kami telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan. Sy berharap, agar karnival seperti ini mampu diketengahkan sebagai aktiviti yang wajib dilakukan setiap tahun bagi membangunkan nama Persatuan Pengakap pada peringkat yang lebih tinggi.