RMO FACE SHIELD FIGHTERS
Pada 25 Mac 2020, pasukan Pengakap Kelana B Blacflurry Pasir Mas terpanggil untuk membuat perisai muka untuk petugas barisan hadapan. Seramai 20 orang termasuk saya telah memulakan pembuatan perisai muka DIY yang diketuai oleh NOR AZLIN BT MAT NOR. Projek ini diberi nama "FACE SHIELD HEROES". Perisai muka ini dibuat bertujuan untuk membantu petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis dan lain-lain bagi menghindari Virus Covid-19 daripada merebak kepada petugas barisan hadapan.
Seramai 10 orang termasuk saya membuat perisai muka ini di rumah ketua projek. Di sebabkan kami tidak boleh berkumpul dan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, kami dibahagikan pada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Seramai 5 orang pada sesi pagi dan 5 orang pada sesi petang, Manakala, 10 orang lagi membuat di rumah masing-masing. Kami telah berjaya menyiapkan sebanyak 10 637 unit perisai muka dan telah menghantar ke 24 lokasi saringan dan rawatan Covid-19.