proposal for UMT in progress
antara perkara yang harus saya selesaikan sebelum menjalankan projek ini adalah saya harus membuat satu kertas kerja bagi rujukan pihak universiti. hal ini kerana projek yang bakal dijalankan ini haruslah mendapat keizinan pihak universiti sendiri kerana kami akan melaksanakan projek ini pada hari dan waktu kuliah dijalankan iaitu pada minggu kuliah. jadi saya telah membuat satu kertas kerja untuk pihak UMT untuk dihantar ke pihak pengurusan untuk mendapatkan kelulusan menjalankan projek. perkara ini harus diselesaikan dengan segera bagi melancarkan projek ini. di samping memerlukan surat kelulusan unutk menjalankan projek, kami juga memerlukan surat kelulusan unutk mendapatkan dana unutk projek ini. hal ini kerana syarikat yang bakal memberikan dana untuk kami nanti memerlukan surat pengecualian cukai setelah memberikan dana kepada kami. jadi kertas kerja untuk pihak pengurusan UMT sangat penting kepada kami. saya telah mengambil masa selama dua hari iaitu pada hari cuti bagi menyiapkan kertas kerja ini berikutan kerana jadual saya seorang pelajar yang padat pada minggu kuliah.