Program Lawatan Sambil Belajar SMK Lenggong Perak
Program Lawatan Sambil Belajar SMK Lenggong Perak ini telah dijalankan oleh Persatuan Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia. Prpgram ini telah disertai oleh pelajar STPM SMK Lenggong Perak seramai 13 pelajar lelaki dan 27 pelajar perempuan dan jumlah seramai 40 orang pelajar. Saya sebagai exco Persatuan Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia dipilih sebagai fasilitator untuk program ini bagi memimpin pelajar-pelajar tersebut. Antara aktiviti yang dijalanakan oleh kami ialah, saya diberi satu Slot Motivasi untuk diberikan kepada pelajar-pelajar tersebut. Kami juga telah membawa mereka ke Perpustakaan Hamzah Sendut 1 USM dan itu adalah salah satu pengalaman baru bagi mereka. Kami juga telah menjalankan latihan dalam kumpulan (LDK) yang memberi semangat kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam peperiksaan STPM bagi melangkah ke menara gading atau Universiti seperti kami.