Program Lawatan Mesra dan Pameran Pengakap Muda / Remaja sempena Bengkel Wanita Peringkat Kebangsaan
Program Lawatan Mesra dan Pameran Pengakap Muda / Remaja sempena Bengkel Wanita Peringkat Kebangsaan telah diadakan di SMK Mutiara W.P Labuan sebagai wakil Pengakap Udara LIS. Program ini telah diadakan di SMK Mutiara dan diselia oleh Skip Ivy dan Skip Asrul Seramai 120 peserta daripada setiap sekolah telah mengambil bahagian. LIS telah menghantar seramai 10 orang peserta. Program ini dijalankan dirasmikan oleh Ketua Pengakap Negara Mejar General Prof. Dato Dr. Mohd Zain bin Bidin.
Kami telah menyediakan bahan pameran seperti gambar aktiviti pengaka udara , model kapal terbang, skim latihan pengakap udara, tayangan video pesawat boeing.