Program Kesukarelawan di G2G Animal Garden

Program Kesukarelawan di G2G Animal Garden

Pada Sabtu, 20 Oktober 2018, seramai 23 orang pengakap kelanansiswa UPM telah menyertai program kesukarelawan di G2G Animal Garden, MAEPS, Serdang, Selangor. Para peserta di bahagikan kepada 4 krew. Setiap krew ditugaskan dengan beberapa tugasan. Antaranya ialah membersih beberapa kandang dan sangkar haiwan yang terdapat di taman tersebut, mencabut rumput liar di sekitar kawasan taman, memberi makanan kepada haiwan yang terdapat di situ. Selain itu, par peserta dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang terdapat di taman haiwan tersebut. Antaranya ialah lembu, kambing, rusa, ular, kuda padi, pelbagai jenis burung, arnab, dan sebagainya.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
8
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share