Program Jom Nonton Wayang
Program Jom Nonton Wayang ini disertai seramai 30 peserta dari pengakap kelana dan pelapis kelana. Program ini dianjurkan oleh Kelana D Udara Tawau yang diketuai oleh Mohd Latip Sopiansyah Bin Jumali. Wayang yang ditonton adalah bertajuk How To Train Your Dragon. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain, mendapatkan nilai murni dari wayang yang dinonton dan memperlihatkan kepada masyarakat daerah Tawau bahawa pengakap juga mempunyai uniform yang berlainan dan terdiri daripada pengakap darat, pengakap laut dan pengakap udara.