PROGRAM HARI BUMI

PROGRAM HARI BUMI

Seramai 56 orang ahli Eco volunteer Temenggong Ibrahim (EVOLTI) telah terlibat dalam mengendalikan program Hari Bumi di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Peserta program ini dianggarkan seramai 600 orang yang terdiri daripada pelajar IPG, wakil pelajar dan guru daripada beberapa buah sekolah serta beberapa badan-badan NGO seperti WWF dan Pertubuhan Tzu Chi. Program ini berlangsung selama 1 hari iaitu pada 29 April 2018. program hari bumi ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk menyelamtakan bumi. Antara pendedahan yang diberi sewaktu program ini adalah berkenaan seruan untuk berbento iaitu menggunakan bekas makanan sendiri untuk membukus makanan. Terdapat juga pendedahan tentang cara untuk memulihara sungai daripada tercemar. Program ini telah dianjurkan oleh EVOLTI dengan kerjasama daripada banyak pihak seperti jabatan pengaliran sungai, MBJB dan lain-lain lagi. program yang dijalankan ini disertakan dengan pelbagai aktivit bermula dari pagi iaitu sesi ceramah dan petang iaitu sesi aktviti ataupun sesi bengkel selari.
Number of participants
600
Service hours
3600
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share