PROGRAM GOTONG-ROYONG ZIARAH KASIH YAB MENTERI BESAR SEMPENA PROGRAM YAB MENTERI BESAR DAERAH KINTA
Jemputan jalinan kerjasama program gotong-royong Ziarah kasih YAB Menteri Besar sempena Program Permukiman Yab Menteri Besar Daerah Kinta. Masa yang telah ditetapkan adalah 8.30 pagi - 1.00 petang bertempat di Lot 1528, Jalan Bayan, Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi. Kami seramai 15 orang dijemput hadir untuk menjayakan program yang dianjurkan oleh penduduk daerah Kinta. Kami bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong bersama penduduk Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi. Kami beramah mesra dengan penduduk kampung.