Program Derma Darah Pengakap Terengganu
Malaysia

Program Derma Darah Pengakap Terengganu


Program Derma Darah Pengakap Terengganu 2019 dianjuran oleh Messengers Of Peace PPM Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Pasaraya XIRI,Majlis Belia Negeri Terengganu, Pertubuhan Kebajikan Darul Iman Terengganu (D'IMAN) & Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Terengganu.

Program ini dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Che Soh Muda, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu bertempat di Pasaraya PXR Gong Datok, Kuala Nerus, Terengganu.

Matlamat utama program ini ialah untuk membantu Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah dalam mengumpul beg darah untuk kegunaan hospital. Seramai 84 orang hadir untuk menderma darah namun hanya 57 orang yang layak untuk menderma setelah saringan kesihatan yang dibuat.

Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya setelah jumlah beg darah yang yang dikumpul melebihi sasaran awal iaitu sebanyak 30 beg darah.

Number of participants
115
Service hours
575
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Partnerships
Youth Programme

Share via

Share