PROGRAM ALAM SEKITAR DI GILWELL SCOUTS NATURE PARK SANDAKAN
Program Alam Sekitar telah dijalankan di Gilwell Scouts Nature Park Sandakan pada 5 Januari 2021 bersamaan dengan hari Selasa sehingga 10 Januari 2021 pada hari Ahad dan dibimbing oleh beberapa orang skiper . Banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang hari tersebut iaitu menanam pokok pinang, menanda pelbagai jenis pokok, dan bergotong royong membersihkan kawasan surau.
Aktiviti yang pertama dilakukan ialah menanam pokok pinang . Jumlah keseluruhan kesemua pokok pinang ialah sebanyak 16 pokok . Sebanyak 8 pokok telah ditanam pada 6 Januari bersamaan dengan hari Rabu pada pukul 3:00 p.m hingga 4:30 p.m . Dan selebihnya lagi pada 10 januari bersamaan dengan hari Ahad pada pukul 3: 40 p.m hingga 4:53 p.m .
Selain itu , aktiviti yang kedua dijalankan di Gilwell Scouts Nature Park Sandakan ialah menanda pelbagai jenis pokok . Jumlah keseluruhan kesemua pokok yang ditanda ialah sebanyak 100 pokok . Sebanyak 50 pokok telah ditanda pada pukul 4:40 p.m hingga 5:30 p.m . Manakala selebihnya ditanda pada 8 Januari bersamaan dengan hari Jumaat pada pukul 3:50 p.m hingga 5:50 p.m .
Seterusnya , aktiviti terakhir yang dijalankan ialah bergotong royong membersihkan kawasan surau termasuklah mengangkat plywood ,mengalihkan meja ,dan menyusun sejadah .Aktiviti ini telah mengambil masa selama 3 jam 10 minit pada 6 Januari bersamaan dengan hari Rabu .
Kesimpulannya , aktiviti-aktiviti seperti ini wajar dilakukan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar . Hal ini dikatakan demikian kerana , aktiviti ini dapat membantu dan menjaga keseimbangan ekosistem . Ianya juga dapat membuka mata lebih ramai orang untuk meningkatkan rasa kecintaan akan flora dan fauna khususnya dalam sumber penanaman pokok , mengenali jenis pokok, penandaan pokok dan menjaga alam sekitar dalam diri masing - masing .