PPNBD MENGANJURKAN  MAJLIS PENGANUGERAHAN TAULIAH KEPADA  PEMIMPIN-PEMIMPIN PENGAKAP

PPNBD MENGANJURKAN MAJLIS PENGANUGERAHAN TAULIAH KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN PENGAKAP

GADONG, Jumaat, 22 Februari 2019 – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan  majlis penganugerahan tauliah (Warrant) kepada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Pemimpin-Pemimpin Pengakap dan Penolong-Penolong Pemimpin Pengakap  serta sambutan hari Pengasas Pengakap Sedunia .

 

Majis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, diikuti dengan bacaan doa selamat dan persetiaan pengakap seterusnya ucapan alu-aluan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

 

Di dalam ucapan alu-aluan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali mengucapkan tahniah kepada semua penerima tauliah (Warrant). Diharapkan dengan penganugerahan berkenaan, penerima-penerima akan lebih komited dan terus bersemangat dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepada penerima-penerima tauliah. Didalam ucapannya lagi seiring dengan visi, misi dan Pelan Strategik Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam 2024 semua pihak perlu bekerjasama dalam menjayakannya agar apa yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya.

 

Acara kemuncak majlis ialah Penganugerahan Tauliah (Waran)  kepada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Pemimpin-Pemimpin Pengakap dan Penolong-Penolong Pemimpin Pengakap disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap  Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali dan juga penyampaian sijil-sijil penghargaan sempena sambutan 85 tahun Pergerakan Pengakap di Negara Brunei Darussalam kepada Pemimpin-pemimpin yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua  PPNBD, Awang Haji Metussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba selaku Tetamu Kehormat Majlis

 

Turut sama hadir di dalam  perhimpunan ialah Timbalan Yang Di-Pertua, Pengiran Wahab bin Pengiran Haji Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif , Awang Haji Zali bin Arshad; Pesuruhjaya Antarabangsa , Awang Abdul Manan bin Haji Abdul Latip; Ahli-Ahli Majlis Pengakap Kebangsaan dan Ahli Majlis Pengakap Daerah; Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap, Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin-Pemimpin Pengakap (Scout Leaders dan penolong-penolong pemimpin pengakap .

 

 

 

Number of participants
110
Service hours
440
Location
Brunei Darussalam
Topics
Personal safety
Good Governance

Share via

Share