Pertandingan Futsal 2019 (Sayful Foo Cup)
Pertandingan Futsal (Sayful Foo Cup) ini fianjurkan oleh Kelana D Udara Tawau di Futsal Center, Batu 3 Jalan Apas Tawau. Pertandingan ini disertai oleh 7 unit kelana iaitu Kelana A Balung, Kelana A Merotai, Kelana A Tawau, Kelana B Tawau, Kelana C Tawau, Kelana D Tawau dan Kelana E Tawau. Program ini dilakukan kerana sukan futsal adalah salah satu sukan yang paling diminati oleh anak-anak muda. Oleh itu, program ini dapat mengeratkan silaturahim antara kelana dan dapat memberikan manfaat kepada peserta dengan mengisi masa lapang yang ada dengan bersukan.