Perkhemahan Unit Beruniform Sk Sandau,Kinabatangan,Sabah
Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Sandau 2019 yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah tersebut. Kem ini telah disertai oleh 4 unit beruniform iaitu Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan Puteri Islam Malaysia. Kem berlansung selama 3 hari 2 malam ini penuh dengan aktiviti yang padat seperti malam burung hantu, pertandingan masakan rimba, dan pertandingan kawad kaki, manakala aktiviti lasak yang terdiri daripada 10 jenis halangan yang agak sukar untuk dilakukan oleh para peserta. Salah satu halangannya ialah monkey bridge dan aktiviti santai seperti khidmat masyarakat juga dilakukan.
Seramai 118 orang peserta yang terdiri daripada 4 unit tersebut. Pihak sekolah telah menyediakan slot aktiviti lasak yang dikendalikan oleh pengakap kelana Kinabatangan seramai 10 orang yang terdiri daripada Banzai Rovers, Delta Rovers dan Arkana Rovers yang berkhidmat untuk memantau dan menguji ketahanan fizikal dan mental peserta. Pihak sekolah telah memecahkan peserta mengikut unit beruniform masing-masing bagi menguatkan lagi hubungan silaturrahim antara peserta dan berkongsi pengalaman dan kemahiran yang dimiliki.
Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar di sekolah rendah berkaitan tentang asas-asas dalam perkhemahan seperti mendirikan khemah serta memberi semangat kepada para peserta untuk menyertai program seperti ini bukan sahaja di peringkat sekolah rendah bahkan diperingkat seterusnya. Perkhemahan ini juga mendidik para peserta untuk lebih berdisiplin terutama sekali dalam menepati masa.
Seterusnya, perkhemahan ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara para guru dan ahli kelana Kinabatangan serta menunjukkan contoh atau teladan kepada para peserta dimana mereka sebagai guru dan ahli kelana telah menunjukkan semangat kerjasama yang baik yang baik dalam menjayakan perkhemahan unit beruniform ini.