Perkhemahan Lencana Usaha
Saya adalah ketua perkhemahan bagi perkhemahan 3 hari 2 malam ini. Seramai 60 ahli pengakap dari Tingkatan 1 dan 2 telah menyertai perkhemahan ini. Dalam perkhemahan ini, peserta dapat mempelajari ilmu-ilmu pengakap seperti simpulan dan ikatan, isyarat sulit pengakap, istiadat bendera, kawad kaki, pertolongan cemas (pembalutan dan pengangkutan) dan sebagainya. Selain itu, perkhemahan ini juga memberi satu peluang kepada peserta mempunyai satu pengalaman di luar bilik darjah. Di samping itu, memberi peluang kepada ahli pengakap Tingkatan 4 untuk menjalankan aktiviti tersebut dengan bimbingan saya. Ini kerana, mereka dapat mempelajaran kemahiran kepimpinan pada masa yang akan dapat.