PERKHEMAHAN KO-KURIKULUM 2017

PERKHEMAHAN KO-KURIKULUM 2017

Sekolah KebangsaanSultan Ibrahim Satu, Pasir Mas Kelantan telah menganjurkan perkhemahan unit beruniform pada 30 hingga 1 April 2017. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Kem Panglima Pusu 40 Jalan Tanah Merah Lubuk Jong, Pasir Mas. Perkhemahan ini disertai oleh 450 orang murid. Perkhemahan ini diketuai oleh Pengakap Kelana B (Blackflurry Rovers) Pasir Mas dan dikawal sepenuhnya oleh saya sendiri selaku ketua perkhemahan. Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah kembara malam yang bertujuan untuk memberanikan diri untuk meredah hutan pada waktu malam. Selain itu, pertandingan memasak, E-Lead assignment, bergotong-royong, meredah kampung dan acara senamrobik turut diadakan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan berbentuk aktiviti berkumpulan yang menekankan semangat setiakawan yang utuh.
Started Ended
Number of participants
450
Service hours
4050
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety
Youth Leadership

Share via

Share