Perkhemahan Kem Kelana 01 Miri 2019
Pada 19 July 2019 (jumaat) saya telah mengikuti Perkhemahan Kem Kelana 01 Miri 2019 bertempat di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri. Pada hari pertama, aktiviti kami merupakan Khidmat Masyarakat. Aktiviti ini adalah membersihkan alam sekitar. Kami melakukan aktiviti ini di pantai iaitu Luak Esplanade Miri. Hal ini kerana kami ingin menjaga keindahan alam sekitar kami.