Perkhemahan Badan Beruniform Semester 3 - IPGKSAH/2017
Malaysia

Perkhemahan Badan Beruniform Semester 3 - IPGKSAH/2017

Perkhemahan Unit Beruniform peringkat dalam IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah dianjurkan selama 4 hari 3 malam bertempat di Pulako Tunku Putera, IPGKSAH. Seramai 106 orang pelajar PISMP Semester 3 telah menyertai perkhemahan tersebut. En. Azhar bin Mansor telah dilantik sebagai Kem Komandan, dibantu oleh En. Sajahan bin Abdul Majid selaku Penolong Kem Komandan. Manakala, tiga orang jurulatih bagi pasukan KLM 21 adalah Ustaz Kholid bin Salleh, Puan Nur Eliyawaton binti Mohd Alias dan EN. Mohd Zainuri bin Embi. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah amali simpulan dan ikatan, amali Pertolongan Cemas dan CPR, Jalan Lasak serta gajet dan kraf perkhemahan. Setiap Unit Beruniform dibahagikan kepada 3 unit kecil dan bergerak sebagai satu pasukan. Sewaktu Jalan Lasak juga, kami telah diuji Masakan Rimba. Kami turut diuji Kawad Kaki Statik dalam perkhemahan ini.
Started Ended
Number of participants
106
Service hours
32
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share