Perkhemahan Badan Beruniform 2016
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform merupakan salah satu aktiviti kemuncak anjuran Unit Kokurikulum, SJK (T) Ladang Mount Austin dalam usahanya untuk membangunkan modal insan. Program ini adalah inisiatif sekolah untuk memberikan pengalaman baru kepada murid-murid di samping membina keyakinan dan jati diri yang teguh. Untuk itu, sokongan tenaga, buah fikiran dan kewangan serta dorongan daripada pihak pentadbiran dengan para guru amatlah diharapkan bagi menjayakan aktiviti ini sebagaimana terkandung dalam kertas kerja ini. Aktiviti inim memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah tentang aktiviti-aktiviti pendidikan luar yang terancang dan tersusun bagi membantu dalam usaha membentuk generasi yang berguna dan berdikari pada masa hadapan.
Objektif perkhemahan ini ialah:
2.1 Memberi pendedahan kepada peserta tentang aspek pengurusan aktiviti perkhemahan yang terancang dan sistematik.
2.2 Melatih peserta melaksanakan aktiviti hidupan harian secara teratur dan berdisiplin.
2.3 Memberi peluang kepada peserta untuk berkomunikasi, berinteraksi, bekerjasama dan bertolak-ansur di antara satu sama lain dalam melaksanakan sesuatu program.
2.4 Memberi peluang kepada peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam kesenian dan kebudayaan.
2.5 Melatih peserta mewujudkan perpaduan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
2.6 Melatih murid patuh pada arahan dan bertindak pantas atas arahan tersebut serta meningkatkan disiplin diri murid dengan tertakluk kepada peraturan perkhemahan yang sedia ada.