Perkhemahan Akhir Tahun kali Ke-2 (PERATA II)
Perkhemahan Akhir Tahun (PERATA II) merupakan anjuran bersama Pengakap Kelana dan Majlis Pemimpin, Daerah Lahad Datu. Perkhemahan ini merupakan perkhemahan kali ke-2 yang dianjurkan oleh daerah tersebut. Penganjuran kali pertama adalah pada 7 tahun lepas iaitu tahun 2011.
PERATA edisi kali ini melibatkan pengakap kanak-kanak, muda, remaja dan kelana. Seramai 61 orang peserta dan 38 orang urusetia terlibat secara langsung dalam perkhemahan ini yang menjadikan jumlah penglibatan seramai 99 orang. Perkhemahan ini dilaksanakan pada 29 November hingga 01 Disember 2019 bertempat di Silam Coast Conversation Area (SCCA), Lahad Datu.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah pertandingan karaoke, mendaki bukit, pertolongan cemas (bantu mula), pencarian pokok herba, sukaneka, malam kebudayaan dan pertandingan tarik tali. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan dan mengekalkan kesihatan serta merapatkan hubungan silaturahim antara para peserta dengan peserta yang lain. Dalalm pada itu, koordinator Messengers of Peace (MoP) juga mempersembahkan tarian MoP semasa aktiviti malam kebudyaan. Ini sekali gus dapat menyebarkan keamanan melalui tarian dan lirik lagu tarian MoP tersebut.
Secara keseluruhannya, PERATA edisi kali kedua ini menjadi sumber inspirasi, motivasi dan semangat kerjasama melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Dalam pada itu juga, ia menjadi penanda aras terhadap penganjuran kepada pihak penganjur sendiri atau derah-daerah lain pada masa akan datang.