PERJUMPAAN MINGGUAN KELANASISWA LEVEL 300 (KALI KE-2)
Perjumpaan mingguan KLKM Level 300 berlangsung seperti biasa iaitu pada setiap hari isnin . Perjumpaan kali kedua ini dilakukan seperti biasa iiatu dimulakan dengan nyanyian lagu Pengakap Malaysia ,bacaan Persetiaan Pengakap dan doa . Pengisian perjumpaan pada hari ini adalah lebih kepada persediaan untuk ke Pentauliahan Manikayu dan juga BP Awards. Persedian dari segi borang yang perlu dilengkapkan dan juga buku merah . Setelah selesai , perjumpaan diteruskan dengan aktiviti latihan ikatan iaitu dengan mengimbas kembali ikatan-ikatan yang perlu bagi persediaan untuk pentauliahan BP Awards . Sebanyak 5 Kumpulan dipecahkan dan setiap kumpulan ada senior dan rakan-rakan yang telah mendapat BP Award.Mereka membimbing dan mengajar membuat ikatan .