PERJUMPAAN MINGGU KESEPULUH LEVEL 100 SIDANG 2017/2018
Perjumpaan minggu ini diadakan di DK SK 2. Perjumpaan kali ini merupakan pendedahan mengenai Persediaan Kem Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1. Perjumpaan ini terlebih dahulu dimulakan dengan tatacara istiadat ladam kuda. Di samping itu, ahli pengakap didedahkan secara mendalam tentang ikatan yang akan digunakan untuk membina gajet semasa menjalani kem tersebut seperti ikatan seraya dan ikatan serong. Cara-cara mendirikan khemah juga didedahkan. Selain itu, taklimat asas mengenai persediaan barang yang perlu dibawa sebelum kem turut diberikan sebagai langkah persediaan kepada ahli pengakap. Ahli pengakap yang akan menjalani latihan mendapat pendedahan awal mengenai kem tersebut membolehkan kem yang bakal diadakan dapat berjalan dengan lancar.