PERJUMPAAN MINGGU KESEMBILAN LEVEL 100 SIDANG 2017/2018

PERJUMPAAN MINGGU KESEMBILAN LEVEL 100 SIDANG 2017/2018

Perjumpaan kali ini diadakan di Stadium Olahraga, USM. Perjumpaan ini melibatkan ahli pengakap yang tidak mengambil bahagian dalam Sukan antara Uniform (SUKFORM). Sesetengah ahli pengakap yang terlibat dengan SUKFORM sedang menjalani latihan sebagai persediaan untuk perlawanan. Perjumpaan ini untuk memperkenalkan beberapa ikatan asas seperti seraya, serong, dan manuk. Ikatan-ikatan tersebut akan digunakan semasa kem Manikayu Peringkat 1 dan Pengenalan. Justeru, ahli pengakap level 100 perlu mempelajari ikatan tersebut sebagai persediaan untuk kem nanti. Perjumpaan ini membolehkan ahli pengakap mengetahui cara ikatan yang betul dan mampu memberi sokongan kepada rakan mereka yang sedang berlatih. Salam Pengakap!
Number of participants
140
Service hours
840
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share