Perjumpaan Minggu Keenam Level 100 sidang 2017/2018
Perjumpaan kali ini diadakan di DK SK2 yang dipengerusikan oleh NYDP 2, Ara. Beliau menerangkan beberapa ikatan asas yang digunakan semasa kem pengakap. Ahli level 100 juga melakukan praktikal mengenai ikatan-ikatan tersebut. Antaranya, ikatan buku sila, simpul manok, bunga geti dan sebagainya. Selesai melakukan ikatan, istiadat angkat sumpah setia pelantikan Penolong Exco KLKM 2017 dimulakan. Istiadat ini dijalankan untuk memberi penghormatan dan sebagai tanda pelantikan sebagai Pembantu Exco yang baharu. Perjumpaan ini membolehkan kami mendapat pengetahuan mengenai ikatan asas dan fungsinya serta mengenali Pembantu Exco KLKM yang baharu.