PERJUMPAAN MINGGU KEEMPAT LEVEL 100 (2017/2018)
Perjumpaan kali ini diadakan di Padang Senget, Pusat Rancangan Kokurikulum USM. Pada perjumpaan minggu keempat, ahli KLKM level 100 diberi pendedahan mengenai ladam kuda serta istiadat menaikkan dan menurunkan bendera. Taklimat mengenai ladam kuda disampaikan oleh saudara Ahmad Syauqi dan ahli turut diajar cara membuat ikatan yang digunakan untuk mengikat bendera. Ahli turut diajar cara-cara melipat bendera semasa menaikkan bendera dan menurunkan bendera. Selain itu, latihan tentang pembacaan ikrar dan tabik hormat turut dijalankan. Melalui aktiviti tersebut, ahli diajar cara-cara untuk membuat ladam kuda di samping istiadat menaikkan dan menurunkan bendera yang membawa pengajaran kepada ahli mengenai aktiviti pengakap yang sebenar. Salam Pengakap!