Perjumpaan 6 Level 200 Sidang 2018/2019
Perjumpaan kali ini diadakan di Padang Kawad USM. Agenda perjumpaan kali ini ialah kawad asas dan kawad statik. Kesemua ahli dibahagikan dua kumpulan dan dipimpin oleh NYDP 1 dan NYDP 2. Melalui aktiviti ini, kami dapat meningkatkan kemahiran dalam teknik kawad kaki dan mampu mendisiplinkan diri. Kami melaksanakan beberapa arahan dalam kawad asas dan kawad teknik. Perjumpaan di Padang Kawad USM membolehkan kami belajar di luar bilik kuliah dan pusat kokurikulum dan menikmati suasana yang berbeza. Salam Pengakap!