PERISAI MUKA UNTUK WIRA NEGARA

PERISAI MUKA UNTUK WIRA NEGARA

Pada 25 Mac 2020 , saya bersama 19 orang pasukan Pengakap Kelana B , Blackflurry Pasir Mas yang diketuai oleh NOR AZLIN BINTI MAT NOR telah memulakan projek FACE SHIELD HEROES .
-Kami telah menyiapkan dan menghantar sebanyak 10 637 unit face shield kepada hospital di 3 buah negeri iaitu di negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang .
-Tujuan projek ini dilakukan adalah untuk membantu Pasukan Barisan Hadapan seperti doktor , jururawat , tentera dan lain-lain bagi menangani penyakit Covid-19 .
-Projek ini dihasilkan di rumah masing-masing . Hal ini kerana , kami mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian virus Covid-19 .
-Kami telah mendapat liputan daripada media terkini . Kami bukan sahaja mendapat sumbangan dari segi kewangan . Malah , kami juga  mendapatkan sumbangan bahan pembuatan untuk membuat Face Shield tersebut   seperti span,tali,hot glue gan dan lain-lain .

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
102
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Legacy BWF

Share via

Share