PERCUTIAN BERSAMA PENGAKAP
Pada 7 hingga 9 April 2017, sebuah program pek bercuti yang dianjurkan untuk pengakap kanak-kanak di sekitar daerah Hulu Selangor. Pek Bercuti Merupakan inisiatif bersama Pasukan Pengakap Kelana Laut C Hulu Selangor dengan kerjasama Persatuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor. Kerjasama yang strategik ini diperlukan untuk melancarkan perjalanan keseluruhan program.
Pada masa kini, anak muda terutama yang berumur 10-12 tahun kurang kepada pendedahan ilmu kepengakapan dan “Survival Skill”. Ini kerana mereka terbatas untuk menyertai program-program seperti ini atas beberapa faktor seperti keselamatan semasa berada di tapak perkhemahan dan waktu yang padat. Oleh itu, pihak kami merasakan perkara ini dapat di atasi apabila semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Kami juga merasakan perkara ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami. “Pek Bercuti” merupakan inisiatif untuk golongan yang disasarkan untuk meningkatkan kemahiran “Survival Skill” yang kurang diberi pendedahan.
Antara objektif program Pek Bercuti diadakan adalah Menjadi satu platform untuk anak muda khususnya di negeri Selangor untuk mengasah dan mempelajari kemahiran ‘survival skills’. Di samping, sebagai satu medium untuk anak muda mempelajari ilmu kepengakapan.
Program 3 hari 2 malam ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor. Disertai oleh 300 orang pengakap kanak-kanak sekitar daerah hulu selangor. Tenaga kerja pula melibatkan 11 orang ahli jawatankuasa program serta 25 orang petugas pengakap kelana C hulu selangor.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti berpangkalan. Seperti mewarna , cerita hutan, kraftangan, kenegaraan, menyanyi dan gerakan, ilmu pengakap, permainan tradisional, pameran, kerohanian, permainan pengakap (kim sentuh, kim rasa, kim bunyi), senam robik serta membuat layang-layang.
Program tersebut berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kerjasama oleh petugas serta penganjur tidak putus-putus menggembleng tenaga bagi menjayakan program ini. Diharapkan agar kami dapat berkhidmat di lain program yang dapat memberi faedah dan membangunkan kepengakapan dari masa ke masa.