PERASMIAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Kami seramai 20 orang pengakap dari daerah berbeza menjadi pemegang bendera semasa HARI PERASMIAN BELIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU di Kampung Kuala Menjing di Hulu Terengganu. Antara pasukan pengakap yang terlibat ialah pasukan K88 Kuala Terengganu(open troop), pasukan Kelana D Kuala Terengganu, pasukan Kelana B Hulu Terengganu dan pasukan Kelana A Marang bekerjasama untuk menjayakan program ini. Program ini dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Dato` Seri Ahmad Razif bin Abd. Rahman.