Pengakap Sabah dapat Lawatan Eksklusif ke Kapal Perang USS PREBLE (DDG 88)

Pengakap Sabah dapat Lawatan Eksklusif ke Kapal Perang USS PREBLE (DDG 88)

Pengakap Sabah mendapat  penghormatan dari pegawai pemerintah kapal  USS Preble (DDG 88) yang berlabuh di pelabuhan Jesselton, Kota Kinabalu, Sabah. Pengakap Sabah diberi peluang untuk lawatan eksklusif. Pegawai perhubungan kedutaan Amerika di Malaysia yang menyelaras lawatan ini Encik Hisham Selamat pegawai perhubungan khas (Information Specialist) manakala Pengakap Sabah  yang membantu menyelaras Encik AM Yaakub AM Yahaya Setiausaha Esekutif Pengakap Sabah, Encik Raymond Epun Pesuruhjaya Program Negeri Sabah, Encik Abdul Razik Tiksoy Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri Sabah Program dan ketua Penyelaras Cik Surilla Stimol Pesuruhjaya Daerah Sembulan. Manakala dari Pegawai Pemerintah Kapal, Commander John Bagget (Ship Executive Officer) dan Capt. Mark  Stacpoole. antara sekolah sekolah yang terpilih yang aktif berpengakap Sekolah Menengah Perempuan Likas yang diketuai oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah Kota kinabalu Encik Mohd. Ramdam Mohd Zin, Maktab Sabah diketuai oleh Skipper Surilla Stimol dan serta Pengakap dari penampang yang diketuai oleh Encik Bakar Ji.Seramai 30 orang ahli pengakap terpilih untuk lawatan ini. Antara akitiviti yang diperkenalkan lawatan menyeluruh bermula dari kehidupan dan rutin harian kelasi angkatan laut Amerika Syarikat yang ditugaskan di laut. Commander  Bagget dan pasukanya membawa ahli ahli pengakap ke kawasan dek penerbangan dan mes di mana pengakap diberi peluang untuk melakukan demonstrasi keselamatan dan penerangan.serta  bersesuai kenal dengan anggota-anggota kapal. Bagi ahli ahli pengakap yang diberi peluang  melawat teramat teruja dan terpegun dengan kecanggihan Kapal Perang dari Amerika ini yang berpengkalan di Pear Harbour, Hawai. Semoga di masa akan datang sekiranya ada kapal perang yang berlabuh atau singgah boleh memberi peluang ahli ahli pengakap melawat kapal mereka.

Number of participants
350
Service hours
2100
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile

Share via

Share