Pembelian dan Pemotongan Paip Set Street Lamp

Pembelian dan Pemotongan Paip Set Street Lamp

Kami melakukan aktiviti pembelian Set Street Lamp di kedai hardware Gong Badak dan Gong Datuk, Kuala Nerus. Hal ini demikian kerana di antara ketiga-tiga kedai yang ``team sponsor’’ membuat tinjauan hanya 2 buah kedai yang menjadi pilihan kami untuk proses pembelian peralatan tersebut. Antaranya peralatan Set Street Lamp adalah PVC pipe (main leg) 4 feet, PVC pipe (upper leg) 4 feet, Beam, PVC Reducer dan PVC Elbow. Bahkan, harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga di kedai lain dari segi PVC pipe. Tambahan pula, dari segi PVC Reducer, dan PVC Elbow kami memilih di kedai sekitar gong badak dimana harga dari segi barangan tersebut lebih murah dan mencukupi kuantitinya berbanding tempat lain. Pelaksanaan aktiviti ini mengambil masa selama dua hari untuk pembelian dan pemotongan paip bagi kedua-dua buah kedai. Seterusnya, kami (team sponsor) melakukan proses pemotongan iaitu pada hari ke-2 dimulai dengan proses pemotongan PVC pipe (main leg) 4 feet, PVC pipe (upper leg) 4 feet dan Beam secara bergilir-gilir dalam melakukan tugasan pemotongan tersebut. Tambahan pula, selepas proses pemotongan kesemua paip PVC kami melakukan proses pembersihan pada permukaan paip yang telah dipotong menggunakan sehelai kain. Nyatalah, proses pemotongan paip haruslah menekankan faktor keselamatan terhadap penyediaan peralatan sebelum menggunakannya bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa proses pemasangan Set Street Lamp di tapak projek.
Started Ended
Number of participants
13
Service hours
156
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share