PEK BERCUTI
Malaysia

PEK BERCUTI

Pada 7 April hingga 9 April 2017 yang lepas telah berlangsung sebuah perkhemahan 'Pek Bercuti' untuk ahli pengakap unit kanak- kanak yang telah dianjurkan oleh Pasukan Pengakap Kelana Laut C Hulu Selangor dengan kerjasama Persatuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor di SK Bandar Baru Batang Kali, Batang Kali, Selangor. Antara objektif program Pek Bercuti diadakan adalah menjadi satu platform untuk anak muda khususnya di daerah Hulu Selangor untuk mengasah dan mempelajari kemahiran ‘survival skills’. Di samping itu, perkhemahan ini dianjurkan sebagai satu medium untuk anak muda mempelajari ilmu kepengakapan Program ini disertai oleh 220 orang ahli pengakap kanak-kanak sekitar daerah Hulu Selangor dan melibatkan tenaga kerja seramai 11 orang ahli jawatankuasa program serta 35 orang petugas pengakap kelana C hulu selangor. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti berpangkalan seperti mewarna , cerita hutan, kraftangan, kenegaraan, menyanyi dan gerakan, ilmu pengakap, permainan tradisional, pameran, kerohanian, permainan pengakap (kim sentuh, kim rasa, kim bunyi), senam robik serta membuat layang-layang. Program tersebut berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Diharapkan agar kami dapat berkhidmat di lain program yang dapat memberi faedah dan membangunkan kepengakapan dari masa ke semasa.
Started Ended
Number of participants
220
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share