PEACE OF DAY
Hari Khamis, 21 September telah diadakan satu program UN International Day of Peace. Ia merupakan suatu program tahunan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), atau United Nations (UN) pada setiap 21 September 2017. Ia bertemakan "Together for Peace: Respect, Safety and Dignity for All". Program ini melibatkan "level 100" dan "level 200". Program tersebut melibatkan 230 orang mahasiswa serta mahasiswi bertempat di USM.
Selain itu, Ahmad Syauqi serta Thiban telah berkongsi pengalaman serta menyemarakkan kami semua untuk terus menyokong dasar-dasar yang wujud dalam pergerakan Pengakap Kelana. Objektif yang saya peroleh daripada program tersebut adalah menyemai sikap sukarelawan dalam diri setiap orang. Selain itu, memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan memberi bantuan secara sukarela bagi melahirkan generasi yang mempunyai nilai-nilai murni dan berwawasan dalam membangunkan kesejahteraan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, kita perlulah pupuk semangat sukarelawan dalam diri agar dapat memberi bantuan kepada sesiapa sahaja di mana jua tidak kira bangsa mahupun agama.