NEVER SAYS DIE, UNTIL YOU ARE DEATH
Setelah tidur berbumbungkan bintang dan bulan semasa menghadiri kursus Scout of the World Award (SWA) di Dewan Masyarakat Taman Melawati Jaya,Kuala Selangor selama 3 hari 2 malam,saya berasa semangat untuk mendapatkan anugerah tersebut agar pengakap Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pengakap luar negara.Taklimat yang diberikan oleh Tuan Amir Hamzah bin Aman,Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara merangkap Koordinator SWA Kebangsaan dan beberapa perkongsian ilmu dan pengalaman daripada beberapa penerima anugerah SWA juga dijadikan sebagai pembakar semangat kepada kami untuk memperoleh anugerah tersebut.Semoga semua peserta kursus teori dan amali SWA bersama-sama memperolehi anugerah SWA ini.