National Jamboree On The Air (JOTA) 2017 Batu Pahat

National Jamboree On The Air (JOTA) 2017 Batu Pahat

20 Mei 2017, Batu Pahat : SK Seri Tanjong (9W2LBY) telah mengendalikan program JOTA Kebangsaan peringkat Daerah Batu Pahat yang telah disertai seramai 300 peserta. Program bergerak menggunakan sistem stesen ini menyediakan lebih 10 buah stesen berkaitan. Stesen-stesen ini dikendalikan oleh pasukan pengakap dengan kerjasama NGO seperti JASRA dan MARTS. Peserta dapat mengenali SKMM (MCMC) iaitu suruhanjaya telekomunikasi yang bertanggungjawab dalam segala bentuk telekomunikasi di Malaysia. Disamping dapat menimba ilmu memancar menggunakan "repeater", peserta juga didedahkan dengan tatacara penggunaan "handy talkie" dan radio bergelombang HF. Program turut dimeriahkan lagi dengan isyarat bendera semaphore serta kuiz dan pameran berkenaan JOTA. Majlis penutupan dirasmikan oleh Tuan Hj Yaacob bin A Karim (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor). Beliau juga sempat memancar (QSO) menghubungi stesen lain untuk mendapatkan maklumat perjalanan program. Program dibuka untuk pameran orang awam sehingga jam 4 petang.
Number of participants
300
Service hours
1800
Location
Kenya
Topics
Youth Programme
Personal safety

Share via

Share