MPKNg Turun Padang Ziarah Kasih Aidilfitri

MPKNg Turun Padang Ziarah Kasih Aidilfitri

Laporan Ringkas Perjalanan Program
Program MPKNg Turun Padang Ziarah Kasih Aidilfitri yang telah melibatkan beberapa krew kelana daerah untuk bersama turun padang bagi menjayakan program ini di daerah-daerah yang terlibat. Berlangsung selama 4 hari iaitu pada 15 Mei 2020 di Daerah Pasir Puteh melibatkan 6 asnaf yang terpilih di Kampung Padang Pak Amat, Kg Gong Ketereh, Kg Nara dan Kg Cherang Ruku. Seterusnya, pada 16 Mei 2020 yang melibatkan dua daerah iaitu Machang dan Tanah Merah. Di Tanah Merah, 8 asnaf terpilih iaitu di kampung Bukit Panau,Kg Cawas, Kemahang dan Bukit Gading manakala di Machang pula dibahagiakan kepada 7 asnaf terpilih di Kampung Bukit Tiu,Sg Hala, Takil Luar Telaga Tujuh. Seterusnya pada 22 Mei 2020 agihan biskut raya dijalankan di daerah Kota Bharu melibatkan 7 asnaf terpilih. Hari terakhir program iaitu pada 23 Mei 2020 di Pasir Mas melibatkan 5 asnaf yang terpilih di Kampung Banggol dan Kampung Gajah Mati. Program ini berjalan lancar dengan bantuan serta kerjasama daripada kelana daerah yang terlibat walaupun dalam keadaan yang sukar akibat pandemik covid-19 yang melanda

Started Ended
Number of participants
25
Service hours
1350
Location
Malaysia

Share via

Share